Thursday 12 July 2012

arnab,arnab dan arnab lagi =)

assalammualikum semua..lama tak update blog..macam2 alasan bagi..macam mana lah blog nk sentiasa update..hehehe..btw saya nak cter pasal arnab saya la..apa lagi..syukur alhamdulillah..makin bertmabah arnab saya..tapi semakin bertambah,maka semakin byklah yg kena jual..huhuhu

klu ikutkan saya,nak je saya bela semua arnab2 saya..ermmm,indah sungguh ciptaan tuhan..kitaran arnab mengandung sangat pendek membuatkan saya terpaksa jual mereka semua..huhuhu..sedih la sebenarnyer klu nk ikutkan..tapi apakan daya..saya pon xde masa nk spend tok dorg sume..










saya percaya semua customer saya pandai jaga arnab saya..dua hari semalam saya call semua customer saya..alhamdulillah..setakat nie semua bg respon yg baik..arnab saya semakin gebu dorg kata..syukur..selamat tinggal arnab2 ku..sayang anda semua..<3

Friday 11 May 2012

selamat tinggal bunnies :'(

assalammualaikum semua..sudah tiba masanyer untuk saya melepaskan semua bunnies saya..apa kan daya, dorg sume cepat membesar..melepaskan dorg semua lebih baik dari saya membiarkan dorg..
dorg nie klu dah duduk ramai2 dlm satu kandang,mula lah nak gadoh..

esok klu biarkan gadoh,mesti ada yg tercedera..so,nak xnk kena lah jual..saya harap arnab2 saya dapat penjaga yg baik..bg korg cukop makan n tempat yg selesa la ye..huhu...sedih la nk lepaskn korg yg comel2 nie..sebelum jual,sempat la jugak take picture ngn dorg..







       meh cnie nak tengok telinga jup..hehe =P






 last kiss :'(



 yummy =)



Friday 13 April 2012

assalamualikum..lama rse nyer tak update blog..semenjak keje nie,asalkan nmpk je katil,confirm nak tidur..nie baru tetiba rse nak update..nak cter pasal cicit saya..dah jadi moyang dah saya..huhuhu...sekelip mata hidup berubah..dari ingat nak pelihara tok hiburkan duka lara smpai jadi penternak yang berjaya pulak rsenyer..hehehhe..klu xmsuk yang mati mau dekat 50 ekor arnab saya..waduhhhh,bisa pening kepala..

mne la nak letak dorang nie ramai2..dulu kandang sekecil tue muat la nk masuk kn dorang nie..skang nie dah bayanyak,xtau nak letal apa..paln pon xbuat lagi..ermmm,apa la nak buat ngn dorang yang ramai nie..rasa nak je lepaskan kat halaman kampung..biar dorang riang ria berlari..tapi mslhnyer kampung saya nie banyak lak binatang buas..

dulu nenek saya bela kambing pon habis di baham harimau..nie kan arnab,lagi la kan..tak harimau makan,musang ke..nak letak dalam kandang yang kecil sian plak..ermmm,pening2..mana nak letak dorg sume ie pon xtau la...tapi dun worry,makan minum still saya bagi ye anak2 ku sekalian..nak tengok tak cucu cicit saya?nie la dorg sume...=)


cicit saya,comel tak?


jangan amik pic saya..hehehe


comey je..=P


 sedapnyer bobok..hukhuk..


zzzzz...


cucu saya , <3


chichi,my lovely one =)


bella & her family




















jeremy, c black..


comey tak dorang????

Monday 5 March 2012

pujuk boyfren yang merajuk..^__^


ke hadapan awak, bf ku yang tercinta..



 saya tau, saya silap. Saya layan awak teruk. Merajuk tak tentu pasal. Kesian awak kan.. sekarang ni, awak pulak merajuk. Then, baru la saya sedar, awak buat semua tu ada sebab..


 1-      Bila saya merajuk, awak tak pernah pujuk. Saya geram sebab awak biarkan saya macam tu je. Huhh. Tak romantic langsung awak ni. Akhirnya saya sedar, awak tak pujuk saya sebab awak nak saya redakan marah saya dulu. Awak takut kalau awak pujuk saya awal-awal, nanti saya marah awak pulak. Tak pasal2 je ada pinggan mangkuk kena baling. Hee.. terima kasih awak..


2-      Awak selalu tanya saya, “awak sayang saya tak?” huhh. Bosan la soalan tu. Hari-hari awak tanya. Lain la kalau awak tanya, “awak, nak pergi paris tak?” takde la bosan.. tapi saya tau, awak tanya macam tu sebab awak nak saya ingat sebab saya dah ada awak. Terima kasih awak..


3-      Awak.. saya jeles bila awak cerita pasal perempuan lain kat saya.. ish, tapi awak tak pernah nak amik tau kan betapa geram dan bengang nye saya kat awak bila awak cakap pasal kawan awak yang ‘cun’ tu. Tapi akhirnya saya tau.. awak selalu cerita pasal saya kat diorang kan? Terima kasih awak..


4-      Saya ajak awak keluar makan. Tapi awak selalu mengelak. Geram betul saya kat awak. Kalau saya ajak keluar makan, awak tolak. Kalau member2 awak ajak, awak boleh pulak keluar dengan diorang. Huhh. Tapi saya tau, awak tak nak membazir. Yelaa, tiap kali keluar makan, saya order banyak, tapi saya makan tak habis pun. Awak jugak yang habiskan makanan saya tu kan. Terima kasih awak..


5-      Saya mintak kat awak macam-macam. Beli kasut, beli baju, beli cincin. Tapi awak tak nak pun belikan untuk saya. Kedekut taik hidung masing betul dia ni. Jeles tengok kawan saya bila bf dia belikan macam-macam untuk dia. Tapi saya tau, awak tak nak belikan macam-macam untuk saya sebab awak tak nak bazirkan duit awak kat situ, sebab awak nak simpan duit untuk kita kahwin nanti. Terima kasih awak..


6-      Awak selalu tak reply msg saya. Busy sangat ke? Sampai msg gf sendiri awak liat sangat nak reply. Eiii.. nyesal je rasa dapat bf yang macam ni. Hari-hari awak buat macam tu. Lepas 2 jam, baru nak reply. bila saya online, bukak facebook, saya tengok awak boleh pulak online. Busy ke tu? Tapi saya tau, awak buat macam tu sebab awak tak nak saya buang masa bila tengah study. Focus kan? Terima kasih awak..


7-      Awak, bila saya sedih, awak tak pernah nak dengar masalah saya kan. Awak biarkan saya sorang-sorang. Sedihnya hati saya. Sampai hati awak buat saya macam ni. Huhh. Bertambah lagi rasa sedih saya. Tapi saya tau, salah saya jugak.. mana la awak nak tau saya sedih ke tak. Bila happy saya cari orang lain. Terima kasih awak..


8-      Bila saya try masak untuk awak, awak kata saya masak tak sedap. Ciss! Penat je saya masak ayam masak merah kesukaan awak tu. Awak bukan nak appreciate, kutuk saya lagi adalah. Sampaikan awak cakap, “kalau lauk simple macam ni pun awak tak reti masak, apa lagi lauk-lauk yang lain.” Huhh. Best betul awak perli saya. Tapi saya tau, awak sengaja cakap macam tu, sebab awak nak saya belajar masak mulai sekarang. Nanti takde la mak awak cakap macam awak cakap tu kan. Terima kasih awak..


9-      Bila saya bagi nasihat kat awak, awak sikit pun tak nak dengar. Awak cakap, “ saya bukan budak-budak lagi laa.” Tapi, bila awak membebel-bebel kat saya tu takpe pulak. Haishh. Susah nak faham awak ni.. nanti kalau saya tak nasihatkan, awak kata saya tak amik berat pasal awak pulak. Tapi saya tau, awak buat macam tu sebab awak tak nak saya risau sangat pasal awak. Terima kasih awak..


10-  Err.. banyak sangat dah ni. Saja tambah no 10. Haa.. terima kasih awak..


Awak, terima kasih untuk semuanya. Saya tau, saya yang tak faham awak selama ni. Saya asyik marah-marah sampai tak tau nak jaga hati awak. Saya selalu je kutuk awak belakang-belakang. Hishh. Mintak maaf la ye. Awak kena faham saya ni perempuan. Jadi bab-bab kutuk mengutuk ni memang hebat la kalau ada yang tak puas dalam hati ni.


 Awak, terima kasih. Mintak maaf la. Saya tak seromantik awak nak tulis ayat-ayat jiwang ni. Saya tau, saya tak pandai berpuitis, tapi kalau dah sampai saya tulis surat untuk awak ni dah kira ‘sweet’ jugak kan? Hee..


 Awak, terima kasih sekali lagi. Dah2, senyum sikit. Tak mau merajuk dah.. saya janji tak buat lagi. Hee..kita pergi makan sama eh, kali ni saya janji saya habiskan semua makanan.. 


aleeya arissa =)

salam semua..lama tak update blog..hehehe...mne taknyer..penat bekerja seharian..smpai rumah terus mandi,makan sembahyang then terus padam..hehhe..al maklum la,penat travel dr Ampang park ke Cheras hari2..aiyoo,loteh den..hehhehe..

tapi klu saya tak tidur,saya tggu anak buah saya balik keje..kecik2 dh tolong mama & umi dia menjahit baju..nie la anak buah saya yg jadi teman sepermainan di waktu lapang..hehhe..comey x?


Aleeya Arissa & Papa..








Amboi..hehe..=P



Aleeya & Mak Lang..=)

kecik2 dah pandai sebut fish,buah,mama..macam2 lagi la..gigi bru 3 bulan dh tumbuh..tapi smpai la nie 2 batang je,xtambah2..hehhe.tbe2 rse nak ada anak sendiri plak..(gatalnyer)..hahhaha...sonok layan baby comel2 nie..sejuk je hati memandang..harap2 aleeya jadi budak yg baik suatu haru naty ye...

korang!korang!..praktikal korang best? saya letih la..hari2 wat benda yg sama je..huhuhu..tok tahun lepas punya plak tue..aduhaiiii...sakit2 pinggang cari supporting doc tok bank statement..sib baik dapat minuman panas pagi dan petang tok refreshing kiteorg sume..klu x,belom pukul 10 pg dah ngantok..hehhe..

nak tau tak,akak yg buat kan air tok saya tue pandai gila buat milo..perghhh,air milo dia pekat gila..mcm mminum kat mamak..heheh..terima kasih akak..selalu tolong saya kt opis..ermm,baru la tau penat mencari rezeki yg halal..susah payah parents kita membesarkan kita..nie baru praktikal dah mngeluh..lom keje btul2 lagi..huhuhu..

k la..naty saya update yg lain plak..daa..=)

Saturday 11 February 2012

oh ibu!!!!




Di satu kg, tinggal seong ibu & anak lelakinya yg msih kecil. Si ibu mgalami kecacatan fizikal & si anak berasa malu sekali gus kesal dgn keadaan fizikal ibunya.Kerana kecacatan ibunya itu, dia selalu menjadi buah mulut teman2nya dlm kalangan masyarakat.Ibunya hanya mempunyai sebelah mata. Hinggakan anak ini selalu berkata " Lebih baik aku hidup tanpa ibu daripada aku harus malu seprti ini' Namun dgn penuh kasih syg, ibu itu tetap menyayangi anaknya. Syg selayaknya ibu terhadap anak..

Sutu malam, si anak ini terjaga dr tidur kerana berasa dahaga.Untuk ke dapur,dia perlu melalui bilik ibunya.Tanpa sengaja,semasa menuju ke dapur ,dia melihat pintu ibunya sedikit terbuka.Kemudian dia mngintip ke dalam bilik ibunya & melihat ibunya sedang berdoa.Anak ini mendgr namanya disebut dalam doa ibunya.Tetapi anak ini berkata dlm hati,"Aku boleh hidup sendiri di luar rumah"

Masa trus berjln seiring pertumbuhan anak itu. Si anak meningkat dewasa & mula keluar dr rumah bg mencari nafkah. Dalam menempuh alam kerjaya,dia berjaya.Dia juga bertemu dgn wanita pilihannya & menikah tanpa memberitahu kpd ibunya krna rasa malu masih menebal.Tetapi ibunya tetap mndpt khabar drpada teman2 anaknya.

Suatu hari, si ibu berjaya mndptkan alamat rumah ank ksygannya.Dia lantas ke sana bg melepaskan rindunya terhadap ank,menantu & cucunya.Namun,setibanya di rumah anknya,dia hanya boleh melihat mereka dr jauh sahaja.

Keadaan itu berterusan hingga si anak mgetahui ibunya sentiasa mgawasi dia & keluarga barunya dari jauh.Akhirnya,dia menemui ibunya & memarahinya.Kerana sedih,si ibu pulang ke kg dgn nafas yg sudah mulai sesak kerana berjalan jauh.

Pada suatu ketika,anak itu mnghadiri satu perjumpaan.Selepas itu,dia pulang ke kg nya utk melepaskan rindu dgnmasa kecilnya dahulu.Diam2,anak itu dtg mnjenguk ke rumah ibunya & tempat dia dibesarkan.Dia tahu pada siang hari,ibunya ke sawah untuk melihat padinya. Lalu dia msuk ke dlm rumah perlahan2 smbil memrhati keadaan rumah.

Dia mndpt posisi di pintu bilik ibunya seperti mana malam itu.Kemudian dia mmbygkan masa kecilnya sewaktu mgintip ibunya berdoa di bilik. Tiba2 dia tergerak hati untuk masuk ke bilik inbunya.Si anak melihat susuk ibunya dlm keadaan bersujud.

Melihat ibunya kaku,dia cuba memanggil ibunya.Tetapi panggilan tidak terjawab.Dia memegang tubuh ibunya.Pada masa itu,dia mendapati ibunya tidak bernyawa lagi.Dia terlihat di tgn ibunya terdapat sekeping kertas,kemudian anak itu pun mngmbil kertas itu & membukanya.Ia adalah surat tulisan tgn ibunya.Surat itu di baca.


       Anakku,sudah cukup lama ibu hidup dan melihat kamu tumbuh membesar dan mempunyai keluarga.Ibu benar2 meminta maaf jika selama hidup, ibu mmbuatkan kamu berasa malu dan marah dgn fizikal ibu yg hanya mempunya sebelah mata.Tetapi adakah kamu tahu,ketika kamu kecil,kamu mgalami kmlgn dan kamu kehilangan sebelah matamu?

      Ibu tidak dpt bygkan bagaimana kamu membesar dgn sebelah mata sahaja.Pasti kamu akan di ejek dan menjadi bahan ketawa org. Jadi ibu memutuskan memberikan sebelah mata ibu kpdamu sehingga kamu boleh hidupp normal seperti kanak2 lain.Ibu tidak mnyalahkan kamu  apabila kamu marah dan malu mempunyai ibu sebegini.Malah ibu bangga kamu boleh berjaya seperti sekrang ini.Pesanan ibujagalah anakmu baik2 hingga dia membesar dan dewasa seperti kamu.Allah selalu bersamamu,anakku..

Salam,
Ibu yang selalu mengasihi kamu..




Moral drpa kisah ini :

  • Kita tidak boleh melukai perasaan ibu dgn perbuatan dan perkataan yg tidak disukainya
  • Kita tidak boleh menjauhi ibu atau bapa hanya kerana memiliki kekurgn fizikal
  • Kita harus selalu bahagia dgn apa yg ada pada diri mereka.Kerana kita tidak pernah tahu apa yang terbaik untuk diri kita.Boleh jadi yg terbaik bagi kita belum tentu baik untuk kita di mata Allah.