ke hadapan awak, bf
ku yang tercinta..
saya tau, saya silap. Saya layan awak teruk. Merajuk tak tentu pasal.
Kesian awak kan.. sekarang ni, awak pulak merajuk. Then, baru la saya sedar,
awak buat semua tu ada sebab..
1- Bila saya merajuk, awak tak pernah pujuk.
Saya geram sebab awak biarkan saya macam tu je. Huhh. Tak romantic langsung
awak ni. Akhirnya saya sedar, awak tak pujuk saya sebab awak nak saya redakan
marah saya dulu. Awak takut kalau awak pujuk saya awal-awal, nanti saya marah
awak pulak. Tak pasal2 je ada pinggan mangkuk kena baling. Hee.. terima kasih
awak..
2- Awak selalu tanya saya, “awak sayang saya
tak?” huhh. Bosan la soalan tu. Hari-hari awak tanya. Lain la kalau awak tanya,
“awak, nak pergi paris tak?” takde la bosan.. tapi saya tau, awak tanya macam
tu sebab awak nak saya ingat sebab saya dah ada awak. Terima kasih awak..
3- Awak..
saya jeles bila awak cerita pasal perempuan lain kat saya.. ish, tapi awak tak
pernah nak amik tau kan betapa geram dan bengang nye saya kat awak bila awak
cakap pasal kawan awak yang ‘cun’ tu. Tapi akhirnya saya tau.. awak selalu
cerita pasal saya kat diorang kan? Terima kasih awak..
4- Saya
ajak awak keluar makan. Tapi awak selalu mengelak. Geram betul saya kat awak.
Kalau saya ajak keluar makan, awak tolak. Kalau member2 awak ajak, awak boleh
pulak keluar dengan diorang. Huhh. Tapi saya tau, awak tak nak membazir. Yelaa,
tiap kali keluar makan, saya order banyak, tapi saya makan tak habis pun. Awak
jugak yang habiskan makanan saya tu kan. Terima kasih awak..
5- Saya
mintak kat awak macam-macam. Beli kasut, beli baju, beli cincin. Tapi awak tak
nak pun belikan untuk saya. Kedekut taik hidung masing betul dia ni. Jeles
tengok kawan saya bila bf dia belikan macam-macam untuk dia. Tapi saya tau,
awak tak nak belikan macam-macam untuk saya sebab awak tak nak bazirkan duit
awak kat situ, sebab awak nak simpan duit untuk kita kahwin nanti. Terima kasih
awak..
6- Awak selalu tak reply msg saya.
Busy sangat ke? Sampai msg gf sendiri awak liat sangat nak reply. Eiii.. nyesal
je rasa dapat bf yang macam ni. Hari-hari awak buat macam tu. Lepas 2 jam, baru
nak reply. bila saya online, bukak facebook, saya tengok awak boleh pulak
online. Busy ke tu? Tapi saya tau, awak buat macam tu sebab awak tak nak saya
buang masa bila tengah study. Focus kan? Terima kasih awak..
7- Awak, bila saya sedih, awak tak pernah nak
dengar masalah saya kan. Awak biarkan saya sorang-sorang. Sedihnya hati saya.
Sampai hati awak buat saya macam ni. Huhh. Bertambah lagi rasa sedih saya. Tapi
saya tau, salah saya jugak.. mana la awak nak tau saya sedih ke tak. Bila happy
saya cari orang lain. Terima kasih awak..
8- Bila
saya try masak untuk awak, awak kata saya masak tak sedap. Ciss! Penat je saya
masak ayam masak merah kesukaan awak tu. Awak bukan nak appreciate, kutuk saya
lagi adalah. Sampaikan awak cakap, “kalau lauk simple macam ni pun awak tak
reti masak, apa lagi lauk-lauk yang lain.” Huhh. Best betul awak perli saya.
Tapi saya tau, awak sengaja cakap macam tu, sebab awak nak saya belajar masak
mulai sekarang. Nanti takde la mak awak cakap macam awak cakap tu kan. Terima
kasih awak..
9- Bila
saya bagi nasihat kat awak, awak sikit pun tak nak dengar. Awak cakap, “ saya
bukan budak-budak lagi laa.” Tapi, bila awak membebel-bebel kat saya tu takpe
pulak. Haishh. Susah nak faham awak ni.. nanti kalau saya tak nasihatkan, awak
kata saya tak amik berat pasal awak pulak. Tapi saya tau, awak buat macam tu
sebab awak tak nak saya risau sangat pasal awak. Terima kasih awak..
10- Err.. banyak sangat
dah ni. Saja tambah no 10. Haa.. terima kasih awak..
Awak, terima kasih untuk semuanya. Saya tau, saya yang tak faham awak
selama ni. Saya asyik marah-marah sampai tak tau nak jaga hati awak. Saya
selalu je kutuk awak belakang-belakang. Hishh. Mintak maaf la ye. Awak kena
faham saya ni perempuan. Jadi bab-bab kutuk mengutuk ni memang hebat la kalau
ada yang tak puas dalam hati ni.
Awak, terima kasih. Mintak maaf
la. Saya tak seromantik awak nak tulis ayat-ayat jiwang ni. Saya tau, saya tak
pandai berpuitis, tapi kalau dah sampai saya tulis surat untuk awak ni dah kira
‘sweet’ jugak kan? Hee..
Awak, terima kasih sekali lagi.
Dah2, senyum sikit. Tak mau merajuk dah.. saya janji tak buat lagi. Hee..kita
pergi makan sama eh, kali ni saya janji saya habiskan semua
makanan..
No comments:
Post a Comment